Salam rindu...Hmm...how to start ye. Laaama sungguh xupdate entry. Tahun ni antara tahun yg paling sibuk buat Ultramama. Too many things happened. Alhamdulillah, things are getting better and better.
Catlina kata Ultramama sibuk dok fire raksaksa. Memang sibuk pun. Raksaksa2 telahpun dimusnahkan dgn jayanya.
Actually, tahun ni Ultrayah tak berapa sihat, sampai 3 kali admitted due to back pain. Lepas opt hari tu, Ultrayah semakin sihat, dan dapat bekerja spt biasa. Terima kasih pada kaum keluarga & kwn2 yg tlg mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.Thanks for the doa! Ni Ultramama summarize antara events yg tlh dilalui pd tahun ini.

Acara sukan tahunan Tadika Perkim. Alif really enjoyed the game!

Prize giving ceremony di SK Wellesley. Sempat lak anak beranak ni sembang...

Ultramama jadi cikgu ERT plak hehehe. Actually tgh dok ajar topik 'the usage of passive voice in processes & procedures.'Buat paratha puff dan jual utk dana Persatuan Ting.6. Kudos to Hana Jepun for this recipe.

Celebrate birthday Naimah, one of my F6 students. Thn lepas, students Ultramama 7 org. Tahun ni, ramai sikit, 9 org. Ramai kan?hehehe

Ultramama ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga amal kita diterimaNya. Wassalam.


Salam. Penat sungguh this week. Maklumla dah laaama cuti. Ultramama would love to share this recipe lak. Ni ultraboboys' favourite. Apa2 je yg ada cheese, mmg their favourite.
Mula2, what is gratin?
Gratin is a dish containing vege sometimes fish or meat, covered with cheese or cheese sauce and baked in the oven. Actually, Ultramama wat ni coz nk suruh ultraboboys makan sayur. Other than potato, kita boleh juga gunakan brokoli, carrot dan my friend Hana Jepun kata, boleh juga gunakan bayam.Btw Hana, tq for the tips!

Resipi (Ultramama baca fr several resources, tp yg nila rasanya yg senang nk wat, taken fr Women's weekly magazine&gak fr Chef Dinner:Impossible tu)

-Potatoes (4-5 biji, besar punya!), hiris nipis -Ultramama x hiris terlalu nipis, kita tak suka kalu nipis sgt.

Ni utk cheese sauce
-50g butter
-1/3 cup plain flour
-2-3 cups milk (Ultramama guna fresh milk)
-2 cups of grated cheese (Ultramama guna mozarella dan cheddar)

Cara nk wat cheese sauce
Melt butter in a pan over a medium fire. Add flour and cook, stirring for 1 min or until mixture bubbles. Gradually stir in milk, stirring until sauce boils and thicken. Add in half the cheese. Done.

Pastu, lenserkan shallow baking dish ngan marjerin. Susun hirisan potatoes, kemudian tuangkan cheese sauce. Selang selikan hirisan potatoes & cheese sauce sampai habis. Lastly, taburkan grated mozarella cheese. Bakar utk 50 minit, suhu 180-200 c. Selamat mencuba! Anak2 memang suka!





Mama, Alif laparlaaa (Ish, tadi kan dh breakfast!)

Self-introduction by Ultralif aka Alif Yusri

Ngantuklaaa mama...(tak biasa bangun awal hehe)

Yesterday, Alif went to kindergarten. Alif ditempatkan di kelas Dahlia, Tadika PERKIM. Seronok betul, dpt raaamaaai kawan. Belajar rajin2 ye Alif!


When he was a baby...
Ultralif and his favourites.Karipap and 'Barney'

Happy birthday Alif!(31/12/05) Sorry, Mama lambat masuk entry for your birthday, kelmarin ada meeting at school.
Pejam celik, pejam celik, dah besar si manja Mama ni. 31/12/09 genaplah umur Alif 4 tahun. Esoknya 1/1/2010, terus jadi 5 tahun. Alif is going to school this year. Ultramama berdebar2 gak, coz Alif ni very active. Hopefully, semuanya akan selamat. Dengar cakap cikgu tau, enjoy learning, get to know many friends ye!Happy birthday Alif!We love you! Happy New Year gak to all!



Tq ye Nur!Akak sukaaa sangat!Tq muah2!


Last Sunday, Afham & family came to our house!Seronok, lama tul xjumpa young blogger ni. Ha...tu dok sembang2 dgn abg2 ultraboboys. Ultramir, jgnla serius sgt...Syarat2 keahlian tu, longgarkanlah sket.

Syarat2 keahlian utk join Ultra Club heheh. Ni masa program orientasi, sebelum Afham diterima menjadi new member of the club. Congrats Afham! Officially a member now, coz umur pun dh cukup. Nanti mai lagi rumah Aunty lagi ye, utk renew membership kehkehkeh!


Laaama tak share resipi. Ultramama would love to share this simple recipe. Ultramama mkn cornflake pedas ni kt sekolah, but xdpt2 lagi resipinya. Biasanya dok wat honey cornflake je. Tuan punya resipi ni kt Teluk Intan, bz sket. So, based on what I tasted, Ultramama coba2la wat benda ni. Maaf ye tuan punya resipi, kalu resipi ni agak tersasar dari yg original.Mmg best mkn sambil tengok tv ke, baca magazine ke, etc.

Bhn2:
-cornflake (Ultramama guna half of the box-yg besar punya)
-bawang goreng(byk2)
-badam@kacang tanah(yg telah digoreng@dibakar terlebih dahulu) Ultramama letak badam, ultraboboys suka mkn badam
-cili kering, bwg putih & bwg merah/bwg besar(kisar)
-sedikit air asam jawa
-belacan(kalu suka)
-ikan bilis goreng(optional) Ultramama x letak, coz ada org kt umah ni xleh mkn ikan bilis
-garam & gula (kalu letak satu sudu kecil garam, kena letak 5 sudu kecil gula gitu)

Cara2:
Mula2, tumis bhn2 kisar. Dah garing tu, masukkan belacan sket, air asam jawa. Pastu tunggu kering sket. (Mcm wat sambal tumis) Kemudian, masukkan bawang goreng.Perasakan.Last sekali, masukkan cornflake, badam@kekacang, ikan bilis goreng & gaul bagi rata. Dah siap! Selamat mencuba!


Beautiful gifts from beautiful ladies (5 Abqar) Tq girls!I love it! Nanti teacher rasmikan ye baking tray, pot holder & apron tuh!

Ha...dah rasmi dah. Puding roti (agak huduh, tp sedap!kih2!Kena sumpahan oven kut!Lama betul x baking-membaking nih)

Antara aktiviti ultraboboys during school holiday.(Camping dlm bilik sendiri, layan jela)Kt Penang lani asyik hujan je, kesian gak kt budak2 nih. Takpe ye, mama support je your activities.



Salam utk semua!Lama sungguh x bubuh entry. Actually, Ultramama jadi SPM invigilator this year. Tu yang x sempat nk berblog2 ni. Maklumla, balik pun dah petang.Kaki pun lenguh2 dok tawaf school hall. Ultramama jaga SPM di salah sebuah sekolah yg agak besar di Penang. Biasanya dok ngajar girls, tetiba kena jaga boys plak. Mcm2 perangai yg dpt Ultramama tengok masa dok jaga depa. Masa last day of SPM, fuh bukan main seronok lagi budak2 ni, Ultramama pun sama...hehehe.

Masa gi shopping complex, nampak gak budak2 nih. Jadi salesmanla etc. Yang bagusnya, w/pun Ultramama jaga boboys ni kejap aje, tp depa dok tegur & masih ingat kt Ultramama, siap bagi baucer extra lagi. Orang lain dpt baucer satu je, Ultramama dpt punyala byk.Tu yg best tuh.Nanti cikgu pi lagi ye tempat kamu keje ye...hehehe.

Pada kwn2, ank2 murid yg dtg melawat, maaf ye lambat reply...Nanti, Insya Allah, Ultramama pi balas ziarah ye.C u!


Salam.

Akhirnya masa yang ditunggu2 akan menjelang tiba, esoknya.(18 Nov 2009)
So, my dearest students, TEST POWER ok! Doaku mengiringimu...
Especially dedicated to all SPM & STPM candidates, esp, my beloved 5 Abqar, 6 Itqan, not to forget 5 Akhtar & 5 Abrar!
(psst; tak lama dah nak masuk u!)


Salam, SPM is around the corner...dok ngintai2 tu ha.Ultramama harap all my students dah mentally&physically prepared for this big exam. Tengok muka masing2 pun dah lain macam. Try your very best! Next Monday, ada 2nd trial for them. Hopefully, you put all the best effort for this.

Dearest students, from the bottom of my heart,

Ya Allah, kasihanilah anak2 ini Ya Allah.
Pinjamkanlah kebijaksanaan dan kemahiran dalam menjawab soalan,
Jauhilah anak2 ini dari beban lupa,
Bantulah mereka.
Sekiranya mereka berdosa, ampunkanlah dosa mereka,
berkatilah kehidupan mereka,
kerana mereka masih muda dan masih jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi.
Tolonglah mereka...

Ikhlas,
Teacher Ultramama with lots of love.
p/s: solat hajat, jgn tinggal tau...sampai dapat results next year...


Salam.Rasanya masih belum terlambat untuk Ultramama & family mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin untuk semua. Terimakasih pada yg sudi dtg ziarah, w/pun tuan rumah memanjang xde kt umah heheh...Makaseh2!
Ultramama ingin berkongsi kenangan Syawal di Kelantan dengan semua kengkawan.

Kalut sungguh nk amik gambar family tahun ni. Nk dapatkan the perfect shot susah sikit ye Cg Fly. Semuanya aktif2 belaka!

Ni yg paling best, dpt raya ngan Eein tersayang pada tahun ni, amacam, nampak serasi tak, Ultramama dukung baby girl?

Haa, yg dua org sepupu ni, memang cukup kamceng.Sorang tukang agah, sorang tukang gelak.InsyaAllah, cuti sek. nanti kita jumpa lagi ye Eein!


Dearest Sis, (31st August 2009)

I know for sure
You're one of a kind
Another like you
Would be hard to find


Ultramama & family would love to wish 'Haaapppy Birthday' to our dearest Suna!
Bestla tahun ni, sambut ngan E-ein!Ehem Cg.Fly bagi present apa ek?


All the best to my beloved students yg akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM & STPM pd 1 Sept ni.(esp. to 5 Abqar dan 6 Itqan)

Tq Hana for the Ramadhan card!
And also to Lindafendi, tqvm!


Salam Ramadhan untuk semua from Ultramama and family!

Sedikit bingkisan utk teman2...(Kudos to Mr. A4 for this advice)

Andai ini Ramadhan terakhir...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat
yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Beautiful flowers fr Seri.Tqvm!



Tqvm Nur!I really appreciate it!


Lovely card fr my dearest sis, Catlina. Ni harijadi yg ke-33(I like this number)
Tq for all the wishes ye kengkawan!


Catlina, Cg Fly & Eein, tq for the wish and card!

To Gribbles's Staff, tq for the lovely bouquet...

Ultrayah, after the opt.

Salam pada semua.
Dah lama Ultramama xupdate entry. Bz dgn tugasan dan...bz jaga my beloved Ultrayah. Kenapa ek? Berikut adalah kronologi peristiwa:

11/8/09 :Ultrayah just came home from work, around 11 p.m. Ultrayah ni workaholic orgnya. Kalau dh bz tu, sampai lupa nk mkn... Started at 12 midnight, Ultrayah dh start sakit perut. Ultramama ingat, angin kut, coz Ultrayah mkn agak lambat. Sepanjang mlm x leh tidur.

12/8/09 :menjelang pagi, Ultrayah dh terguling-guling sakit. Ultramama was sooo panic.
After Subuh prayer, Ultrayah suruh Ultramama pi sc mcm biasa.Isk, ada ka?Dia nk drive sendiri pi hosp. Kali ni, mmg kena ingkar arahan...
Ultramama bw Ultrayah ke hosp.Sebenarnya, Ultramama cuma pandai drive ke tempat2 yg dekat je. Ultrayah guided Ultramama ke Hospital Lam Wah Ee(panel hosp), coz Ultramama x tau jalan, dan agak jauh dari rumah kami. Around 6.50 a.m, sampai ke hosp, terus ke ER. Dr suspected Ultrayah kena batu karang, dan kena wat CT Scan, and admitted terus.
Lega, dh sampai ke hosp, tp...mcmana nk balik aaa?Tak tau jalan...Uwaaa!(nk kena balik, coz nk ambil brg2 Ultrayah)
Ultramama called my friend, Cikgu Najah, dan kebetulan dia demam dan nk ke klinik.

Ultramama:Najah, husband akak masuk spital ni, akak tak retila, mcmana nk balik ni?
Cg Najah: Ok, ok, Akak tunggu kt situ, nanti sy mai.

Dan Cg Najah pun dtg ke hosp tengahari tu, dan secara tak rasminya, menjadi personal driving trainer utk mama. Dan juga secara automaticnya, demam Cg Najah terus kebah...Tq ye Najah...I really appreciate it! Hanya Allah shj yang membalasnya.
Ultrayah kata, this is the turning point for Ultramama. Dan juga ada hikmah di sebalik kejadian ni...Tiba2 je, Ultramama leh drive agak jaaauuuh dari rumah...hehehe

Selepas Maghrib, Ultrayah masuk Operating Theatre dan keluar pula around 11.30 mlm. Ramai betul org kena operate mlm tu. Tq to Cikgu Ros yang menemankan Ultramama dan my kids, sepanjang Ultrayah berada di dlm OT. To Cikgu Ros and hubby, tqvm.Hanya Allah shj yang membalas jasa kalian...Masa ni, Ultramama dok teringat plak kt blogger friend Ultramama, Tukang Citer, mcm lebih kurang je cerita kita ek? Byk benda yg sebelum ni, Ultrayah yg buat, Ultramama take over - pi pasar, pi hantar ank2 etc. Kalu tidak, mmg seumur hidupla manja...

13/8/09
My birthday tahun ni, disambut di wad. To my beloved students (5 Abqar) yg buat surprise party tu, TQ! Depa plak yg surprised, coz cikgunya xleh pi sek. I'm sorry...Anyway, tq for the gift, it's sooo lovely.
Around 3 pm, Ultrayah dh boleh discharge. Alhamdulillah... Stone tu cuma sebesar 6mm, tp kesakitan yang disebabkan olehnya...peh, mmg dahsyat. Sama2lah kita menjaga kesihatan, Ultramama tengok kebanyakan wad memang penuh. Ramai betul yang sakit, dahlah sekarang ni musim wabak. Semoga kita semua selamat dan berada di dalam lindunganNya.

Di sini, Ultramama ingin mengucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga, sahabat handai yang mendoakan Ultrayah semoga cepat sembuh dan jg yg byk memberikan sokongan moral kepada kami sekeluarga. Sekali lagi, terima kasih!


Salam buat semua! Laaama dh tak tengok blog sendiri, apatah lagi blog kengkawan. Ultramama just came back from a course in Sg. Petani(last Thursday) To many things to be settled. First, nk settlekan hutang tag dulu ngan Lindafendi. Semoga berpuas hati, jgn serik2 ye :)

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy?
2 orang...dua2 ultraboboys


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Not for the time being…Tungguuuuu!


3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam?
Amir Yusri – Pemimpin yang memudahkan

Alif Yusri – Ramah, mesra dan memudahkan (mmg friendly yg amat anakku nih)


4. Siapakah yg memberikan nama anak anda?
The first one, grandmanya…the second one, mamanya…


5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda?
Belek2 buku nama2 dlm Islam.


6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
Tungguuuuu…


7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
Cadangnye 3 kut.2 boys & 1 girl, itupun kalau mendapat keizinanNya…


8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda?
4 tahun


9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya?
Kalu boleh nk gegirl lak, coz sekarang ni I’m the only girl at home ahak!

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda?
Physically, eyebrows kut.Dr segi perangai lak sat sensitive sat happy go lucky. Well it depends…


11. Upload gambar anak anda

(Spt di atas)


Ok cu!(Bilala plak, nape tah, bz tak abih2.Tak daya rasanya tubuhku yg kerdil ini...uwaaaaa!)







Award from K.Zana. Makaseh ye akak. K.Zana ni cikgu gak, bz pun bz gak, tp sempat masak maaacam2. Tabik tul ngan akak yang sorang ni. Tqvm ye, saaayaang K.Zana!
Pst...Lindafendi, akak KIV dulu ye Tag tuh :)


Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Wellesley.Penerima2 hadiah sedang menunggu dgn penuh kesabaran...(Pst Amir, mama tengok Amir nampak kurusla sket, hehehe)

Ultrayah yg sgt teruja apabila dijemput sbg salah seorang penyampai hadiah.
(Ultrayah, u did a good job!)

Ni plak, semasa kursus Teori dan Praktikal Haji di sekolah Ultramama br2 ini.
Sekolah ku ini, teramatlah comelnya. Keluasannya lebih kurang o.75 hektar je...Insya Allah, kami akan dpt berpindah ke tapak yang baru (bila ye?)Tp, Ultramama x kisah, senang sket actually kalu sek. kecik2 ni.Dok kt court tu, dpt tengok view keseluruhan sekolah.Nk pi ke kelas2 pun xla penat sgt...

Hajah2 to be...InsyaAllah!

Salam buat semua.Laaama x update n3 ni ha.Terima kasih pada yg sudi dtg & tlg cuci sawang kt umah Ultramama.I really appreciate it!Muah2!Tq2!
Minggu2 seterusnya juga, Ultramama akan bz dgn kerja2 sekolah, & maybe akan ke Sungai Petani for 4 days course.So, Ultrayah akan jadi Mr.Mama la nanti.All the best to Ultrayah!
Ok, cu!